Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Addy Kana Kecewa? Banding Foto Sendiri Dengan Gambar AI Fattah-Amira! – “Bila Orang Tak Suka..”

Nama pempengaruh dan usahawan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas majlis akikah anak bongsunya mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Addy Kana persoal gambar Fattah-Amira serba kuning?

Majlis yang bertemakan Kesultanan Melayu yang berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur itu menampilkan Addy sekeluarga dalam persalinan kuning ala diraja.

Artikel lain: Polis Digesa Siasat Pempengaruh Persenda Lagu Negaraku – AMK

Suasana majlis yang kelihatan seperti upacara di istana mencetuskan perdebatan hebat, dengan ramai yang berpendapat ia seolah-olah tidak menghormati institusi diraja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, Addy memuat naik satu hantaran di Insta Story memaparkan dia dan isterinya bergaya dengan busana tersebut, namun dibandingan dengan imej memperlihatkan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman yang memakai warna serupa.

Ady turut menulis kapsyen,

“Bila orang suka tak ada masalah, bila orang tak suka, semua bermasalah.” tulisnya.

Ayatnya itu seolah-olah memberi bayangan bahawa kalau individu lain boleh bergaya begitu tanpa dipersoalkan, kenapa bila dirinya bertindak demikian, orang ramai mempertikaikan.

Bagaimanapun, difahamkan gambar Fattah dan Amira itu hanyalah rekaan kecerdasan buatan (AI) dihasilkan peminat, bukan imej sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, sekali pandang sahaja sudah boleh dilihat ia bukan gambar asli, sebaliknya imej rekaan yang jelas tidak wujud dalam dunia nyata.

Situasi itu menimbulkan tanda tanya sama ada Addy benar-benar menyedari perkara tersebut atau sekadar tersilap ketika berkongsi.

Terdahulu, media melaporkan seorang pempengaruh disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sebuah video majlis akikah yang tular dikatakan meniru gaya istiadat kerabat diraja.

Sumber: Insta Story @adykana_official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd