Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pemimpin PAS Tepis Dakwaan Abdul Hadi Akan Lepas Jawatan Atas Faktor Kesihatan

PAS menepis faktor kesihatan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu dijadikan perdebatan untuk beliau tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menegaskan bahawa Ahli Parlimen Marang itu masih berkemampuan untuk berkongsi ilmu secara luar biasa dalam sesi ceramah.

Pemimpin pas tepis dakwaan Abdul Hadi akan lepas jawatan

 Abdul Hadi Akan Lepas Jawatan

Foto: Kosmo

“Saya lihat presiden ini bila dapat mikrofon dia lain sikit. Sakit dia, ubatnya mikrofon,” katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung tahap kesihatan Abdul Hadi yang dikatakan menjadi punca gesaan supaya dirinya memberi laluan kepada pemimpin PAS lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Wan Ahmad Fayhsal Buat Kecoh Di Dewan Rakyat, Sentuh Isu Titah Adendum Walaupun Dilarang

Sementara itu, walaupun belum ada sebarang pengumuman berkenaan tarikh penting berkaitan pemilihan PAS, pelbagai spekulasi muncul termasuk kedudukan Abdul Hadi sebagai ketua parti itu sejak 2002.

Faktor kesihatan tak patut dibincangkan dalam perdebatan Abdul Hadi akan lepas jawatan

Foto: Harakah Daily

Terdahulu, sumber melaporkan jawatan yang disandang Abdul Hadi dan Timbalan Presiden , Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin dipertandingkan jika kedua-duanya memberi laluan kepada pemimpin lain pada pemilihan dijangka September depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, ada permintaan supaya Abdul Hadi berbuat demikian atas faktor kesihatan, disamping Tuan Ibrahim yang mahu memberi laluan kepada pemimpin lain namun hasrat terbabit dikatakan menerima bantahan dari kumpulan pro ulama.

Abdul Hadi dikatakan akan diberi peranan sebagai mursyidul Am PAS yang kini sedang ditugaskan kepada bekas Adun Sanglang, Datuk Hashim Jasin sejak Oktober 2016.

Foto: Malaysia Gazette

Dalam pada itu, Ahmad Yunus yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat pula menegaskan parti itu masih memerlukan kepimpinan Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim yang mentadbir PAS secara bijak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Presiden adalah pengemudi utama, kebijakan dalam politik dan hujahan diberikan penuh fakta, tak boleh sangkal, ilmu sangat baik,” ujarnya.

Sumber: Free Malaysia Today (Anne Muhammad)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd