Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Doktor Dedah Abang Belon Berisiko Lumpuh Kekal Lepas Dikasari Penguat Kuasa DBKL

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang melibatkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu.

Abang Belon berisiko lumpuh, tulang belakang kemek

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Dr. Mohd Hafidz Rizal Amran iaitu pegawai perubatan yang merawat Za’imuddin, menjelaskan bahawa tulang belakang mangsa telah kemek, menyebabkan sarafnya terkepit.

“Dalam tempoh 48 hari, penjagaan ketat harus dilakukan dan dia tidak boleh bergerak cergas kerana tulangnya sudah kemek. Keadaan ini sangat rapuh, jika silap sedikit sahaja dia boleh lumpuh,” kata Dr. Hafidz.

Artikel lain: “Saya Hanya Jual Belon, Bukan Bahan Terlarang” -Rintih Abang Belon

Abang Belon berisiko lumpuh, perlu pakai cast 3 hingga 6 bulan

Za’imuddin, yang mengalami kesakitan yang dianggarkan pada tahap 8 daripada 10, turut mengalami komplikasi yang menyebabkan kesukaran dalam mengawal kencing dan proses pembuangan air besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang paling tidak mahu adalah lumpuh dan dia perlu memakai ‘cast’ untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan,” tambahnya.

Keadaan ini juga menyebabkan Za’imuddin tidak dapat menjalani pembedahan hernia yang telah dijadualkan pada 18 April.

Cuti sakit 48 hari

Dalam pada itu Dr. Hafidz juga menyatakan laporan perubatan penuh dijangka siap dalam tempoh 40 hari dan akan dikemukakan di mahkamah.

Buat masa ini, Za’imuddin telah diberikan cuti sakit selama 48 hari bagi tempoh pemulihannya.

“Kalau demam biasa, doktor akan beri cuti sakit selama tiga hingga tujuh hari, namun kecederaan ini serius dan boleh menyebabkan mangsa lumpuh,” jelas beliau.

Abang Belon berisiko lumpuh

Dalam tempoh pemulihan, Za’imuddin tidak dibenarkan melakukan kerja berat, dan pastinya tidak boleh lagi berniaga belon seperti biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abang Belon yang ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) hari ini menyatakan yang dia akan melawan kezaliman yang dilakukan terhadapnya dengan membuat laporan polis.

Dia juga mempersoalkan adalah bekas penjenayah sepertinya dengan rekod jenayah lampau tidak layak mencari rezeki halal memandangkan hanya menjual belon untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang berjumlan RM30 sahaja.

Sumber: Malaysia Gazette (Norlizah Abas)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beradik berusia enam dan lapan tahun maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd