Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Abang Bas Tidak Tahu Perkataan ‘Crush’ Itu Apa – Peguam

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang.

Menerusi tangkap layar siaran langsung yang dimuat naik di TikTok ayuuariffin84, peguam tersebut berkata Abang Bas hanya mengikuti trend di media sosial mengenai perkataan tersebut.

“Crush? Apa maksud ‘crush’ tu? Saya pun tak tahu. Saya tengok fyp tulis ‘crush’, saya pun tulis ‘crush’. 
“Dia bergurau je,” kongsi peguam seperti yang dikatakan oleh Abang Bas.

Ahmad Zahiril berkata, beliau akan mengekalkan pendirian untuk membela anak guamnya walaupun masih terdapat hinaan dan kecaman yang dilemparkan oleh netizen.

“Saya yakin satu perkara, semakin lama… (prosiding kes berjalan) semakin saya yakin… Makin banyak Allah tunjukkan (jalan penyelesaian), bukakan hijab saya,” jelasnya lagi.

Semalam, lelaki berusia 24 tahun dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Muar selepas didakwa atas tiga pertuduhan iaitu tindakan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta memuat naik hantaran jelik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

Proses ikat jamin berjumlah RM40,000 dilakukan oleh Ahmad Zaharil secara probono selepas lebih seminggu ditahan di pusat tahanan sementara kerana tidak mampu menjelaskan bayaran yang dikenakan terhadap lelaki tersebut.

Ketiga-tiga tuduhan tersebut disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017, Seksyen 15(a) (iii) akta sama dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sumber: TikTok ayuuariffin84

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd