Penyanyi lagu Cinta Untuk Starla, Virgoun dikatakan ‘kantoi’ curang dengan isterinya dan tergamak melanggan pelacur demi memuaskan nafsunya.
Pendedahan dibuat isteri
Pendedahan tentang kecurangannya dibuat oleh isteri artis Indonesia itu sendiri di ruangan Insta Story sehingga membuatkan ramai terkejut kerana ia bukanlah kali pertama Virgoun berlaku curang.
Virgoun selingkuh sama banyak perempuan cuma buat kepuasan diri sendiri ga mikir anak istri. Paling langgeng sama si Ten Ten Nisa itu.
Sumber : insta story mba inara
A Thread ~ pic.twitter.com/E0nXtMJsO2
— •TARI• Keita bersinar ✨ (@ayang_lomon) April 24, 2023
Pernah buat suarat bertulis akui perbuatan
Menerusi Insta Story menggunakan nama akaun mommy_starla, wanita dikenali sebagai Inara Rusli itu mengatakan sang suami sudah melanggan pelacur sejak dua tahun lalu.
Jelasnya, sebelum ini suaminya pernah membuat surat bertulis mengakui tentang keterlanjurannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut namun dia melanggarnya.
Dipaksa lakukan hubungan kelamin pada siang hari di bulan Ramadan
Dalam pada itu, Inara juga mengatakan yang dirinya dipaksa melakukan hubungan suami isteri pada siang hari di bulan Ramadan termasuklah diminta untuk menguruskan badan bagi kekal langsing dan menarik.
Difahamkan, Virgoun yang telah tampil dengan imej Islamik turut meminta isterinya membuka niqab kerana mengakui masih mahu berbangga mempunyai seorang isteri yang cantik sedangkan sebelum ini dia yang menyuruh untuk memakainya.
Pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh wanita itu membuatkan ramai terkejut kerana dilakukan pada Aidilfitri tempoh hari.
Lebih-lebih lagi Virgoun yang terkenal dengan imej sayang keluarga dan Islamik kerap menjadi contoh suami yang baik memandangkan lagu-lagu yang dicipta serta disampaikan menceritakan tentang kebahagiaannya dalam berkeluarga.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Twitter @ayang_lomon, Instagram mommy_starla