Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

94 Anak Warga ATM Disalur Bantuan Pendidikan – MINDEF

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menyalurkan bantuan pendidikan kepada 94 anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Luar Negara (ULN).

Menerusi satu laporan Buletin TV3, menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif tersebut merupakan salah satu bentuk penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota ATM yang telah berkhidmat untuk keselamatan negara.

Foto: media-perpaduan.com

“Insentif dan bantuan seperti ini sebenarnya adalah satu bentuk penghargaan dan penzahiran ucapan terima kasih secara tidak langsung oleh Kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan atas pengorbanan dan jasa anggota ATM.
“Selain memastikan latihan yang mencukupi, aset yang moden dan terkini, serta aspek-aspek kebajikan atau kesejahteraan hidup para anggota ATM yang bersifat secara langsung, kita mesti turut menumpukan kepada aspek kesejahteraan yang bersifat tidak langsung seperti ini,” katanya.

Foto: FB MINDEF

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bantuan Universiti Luar Negara (ULN) 2024 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pemberian insentif tersebut melibatkan 84 pelajar menerima insentif berjumlah RM1,000 bagi kategori IPTA, manakala bagi kategori ULN pula, seramai 10 pelajar telah menerima insentif berjumlah RM2,000 setiap seorang.

Foto: FB MINDEF

“Kita lakukan pemberian insentif ini kerana kita percaya, kejayaan pendidikan anak-anak anggota ATM adalah salah satu bentuk pelaburan ke atas benteng pertahanan jangka panjang,” ujar beliau.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan seramai 94 pelajar yang merupakan anak-anak warga ATM layak menerima bantuan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Fahmi Tajuddin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd