Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

50 Meter Dari Masjid, Tarian Mencolok Mata Cemar Imej Batu Feringghi

Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, meluahkan rasa kesal terhadap sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan wanita menari dengan pakaian mencolok mata dalam satu acara dipercayai berlangsung sempena sambutan Pesta Songkran, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, pengerusi masjid berkenaan, Ismail Din berkata mereka hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas rakaman berkenaan tersebar di media sosial pada Ahad lalu.

Foto: Harian Metro

“Kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular, yang memaparkan aktiviti tarian separuh bogel, mencolok mata oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran.
“Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan,” katanya

Tambahnya lagi, penganjuran acara yang mempersembahkan hiburan sebegitu amat tidak bermoral dan telah mencemarkan imej kawasan pantai Batu Feringghi yang sering menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.

“Kami menyarankan pihak berkuasa yang terbabit melihat dengan lebih teliti permohonan permit sebelum memberi kebenaran bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berulang di masa hadapan kerana menggugat sensitiviti masyarakat Islam di sini,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat itu memaparkan beberapa wanita berpakaian mencolok mata menari di restoran terbabit.

Video tersebut turut mengudang pelbagai reaksi daripada warganet memandangkan lokasi kejadian hanya terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Jamek Ar-Rahman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd