Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

339 Pegawai Polis Ditukar Tempat Kerja, Hubungan Intim & Khalwat Antara Kesalahan Dilakukan

Sejak 2018 hingga Januari lepas, seramai 339 pegawai polis yang terbabit dengan masalah disiplin menjalani proses pertukaran di seluruh negara.

Menurut laporan BERNAMA, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan memaklumkan, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.

“Pertukaran tersebut dilakukan, kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Perkara tersebut untuk menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) berhubung jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak disebabkan masalah disiplin.

Difahamkan, antara masalah dilakukan pegawai yang ditukarkan adalah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, terdapat juga isu ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin selain terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendedahan itu turut mendapat perhatian warganet di laman Twitter sehingga memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata berpendapat bahawa pegawai terbabit sepatutnya menerima hukuman lebih berat berbanding hanya ditukarkan tempat kerja.

Sumber: BERNAMA, Twitter @redzuanNewsMPB

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd