Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Selepas Diusir Dari UK, 3 Penjenayah Warga Malaysia Bertindak Ganas Di Mumbai

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan sejurus diusir dari United Kingdom (UK), lapor Harian Metro.

3 penjenayah warga Malaysia bertindak ganas di Mumbai

Ketiga-tiga suspek terbabit sebelum itu ditolak kemasukan oleh pihak berkuasa imigresen Britain di Lapangan Terbang Manchester selepas status mereka sebagai penjenayah berprofil tinggi dikenal pasti.

Memetik laporan New Delhi Television (NDTV), suspek terbabit kini ditempatkan di sebuah bilik khas di bawah pengawasan keselamatan tahap tinggi di lapangan terbang berkenaan, susulan pergaduhan ganas dengan anggota Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) India.

Foto: cnbctv18

Ketibaan mereka di Mumbai turut mencetuskan kebimbangan diplomatik apabila pasukan khas elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka berlepas ke India dalam masa terdekat bagi urusan penahanan lanjut.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu sebelum ini melarikan diri keluar dari Malaysia dan menggunakan Mumbai sebagai lokasi transit sebelum meneruskan penerbangan ke Manchester.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, berdasarkan protokol penerbangan antarabangsa, mereka diarahkan pulang ke destinasi terakhir selepas kemasukan ke UK ditolak.

Situasi menjadi tegang sebaik pesawat dari Manchester mendarat di Mumbai apabila ketiga-tiga suspek menyedari laluan meloloskan diri mereka telah tertutup.

penjenayah warga Malaysia

Foto: Agensi

Saksi menggambarkan keadaan di kawasan transit lapangan terbang sebagai tidak terkawal apabila mereka bertindak agresif dan melawan anggota keselamatan.

Sumber keselamatan memaklumkan, suspek bukan sahaja enggan memberikan kerjasama malah cuba menyerang pegawai CISF sebelum berjaya dikawal dan ditahan.

“Mereka bertindak di luar kawalan, seolah-olah sanggup menanggung apa sahaja akibat. Atas faktor keselamatan, pengawasan 24 jam dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang cubaan melarikan diri,” kata sumber itu.

Kes tersebut turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak berkuasa India mengenai bagaimana tiga individu yang disenaraikan sebagai penjenayah paling dikehendaki mampu melepasi pemeriksaan dan menaiki penerbangan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak penyiasat kini meneliti kemungkinan penggunaan dokumen perjalanan palsu atau kelemahan dalam sistem perkongsian data notis merah antarabangsa semasa transit awal.

Dalam masa sama, pihak berkuasa lapangan terbang Mumbai dilaporkan sedang berhubung rapat dengan agensi keselamatan Malaysia bagi menyelaras tindakan seterusnya.

Ketiga-tiga suspek dikenal pasti sebagai sasaran utama dalam ‘Ops Jack Sparrow’, operasi besar-besaran yang dilancarkan PDRM pada penghujung 2025 bagi menumpaskan dua kumpulan jenayah terancang.

Artikel lain: Dua Penjenayah Terlibat Lebih 70 Kes Jenayah Ditembak Mati Di Nilai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi itu diterajui Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail susulan peningkatan kes keganasan melampau membabitkan sindiket berkenaan.

Rekod jenayah mereka dikaitkan dengan lebih 80 kes termasuk pembunuhan, khianat menggunakan api serta serangan bersenjata yang menggemparkan di Taman Sentosa, Klang.

Suspek turut dipercayai terbabit dalam siri tembakan terbuka, rompakan berkumpulan serta kegiatan pembakaran menggunakan senjata api dan parang di sekitar Brickfields dan Cheras.

Motif utama kegiatan jenayah itu dikenal pasti berkait perebutan kawasan, pengaruh dan keuntungan haram, dengan keseluruhan rangkaian sindiket merekodkan 80 kes jenayah lampau termasuk 34 kes berkaitan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Agensi)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd