Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

260 Rakyat Palestin Ditahan Israel Dalam Tempoh Empat Hari Gencatan Senjata

Tentera Israel telah menahan 260 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang didudukinya dalam tempoh empat hari lalu ketika gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Persatuan Tahanan Palestin berkata, ketika perjanjian gencatan senjata sementara berkuasa di mana 150 tahanan dibebaskan, tentera Israel telah menahan 260 rakyat Palestin dari Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur yang diduduki dalam tempoh empat hari itu.

Israel dijangka membebaskan kumpulan keempat dan terakhir daripada 150 tahanan Palestin. Ia sebagai pertukaran untuk membebaskan 50 warga Israel secara berkumpulan selama empat hari ketika tempoh jeda kemanusiaan itu dikuatkuasa.

Amani Sarahneh dari Persatuan Tahanan Palestin memberitahu Agensi Anadolu bahawa kempen penangkapan Israel ke atas Palestin termasuk mensabotaj ahli isi rumah mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejak 7 Oktober, Isreal telah menahan 3,260 rakyat Palestin dari Tebing Barat,”tambah Amani.

gencata senjata israel

Tindakan lain dilakukan adalah menyerang tahanan dan ahli keluarga mereka.

Ketegangan memuncak di Tebing Barat sejak perang tercetus 7 Oktober lalu antara kumpulan Palestin dan Israel di Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, seramai 237 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat, manakala lebih 2,950 lagi rakyat Palestin dilaporkan cedera.

gencatan senjata

Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Palestin berkuat kuasa Jumaat lalu tetapi Hamas pada Isnin mengesahkan tempoh itu dilanjutkan untuk 48 jam atau dua hari lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Genjatan Senjata Di Gaza Dilanjutkan Selama Dua Hari

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Lokal

TYMBA Education Group dilantik secara rasmi sebagai Institusi Pembelajaran dan Latihan Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju di bawah Skim Pembiayaan Baharu, khusus bagi kelayakan...

Lokal

Sekumpuluan petani dan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berang akan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Pahang kerana menebang kira-kira 200 pokok durian...

Sosial

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd