Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mahasiswa Bakar Karikatur : MPPK Hargai Pendekatan PM Anwar, Bukti Ihsan Kerajaan

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menghargai pendekatan berjiwa besar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengambil tindakan terhadap mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0, baru-baru ini.

Menurut MPPK dalam satu kenyataan, arahan tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada anak muda tercicir daripada pendidikan hanya kerana kekhilafan yang dilakukan, sebaliknya diberi peluang untuk memperbaiki diri demi masa depan yang lebih cemerlang.

MPPK hargai pendekatan PM Anwar

MPPK hargai pendekatan PM Anwar

“Pendekatan penuh ihsan ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada akses kepada pendidikan hanya kerana kekhilafan yang dilakukan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, MPPK mengecam tindakan mahasiswa yang membakar karikatur Anwar memandangkan perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan nilai kesantunan serta adab seorang mahasiswa.

“Tindakan tersebut bersifat provokatif, berlebihan dan mencemar citra institusi pengajian tinggi sebagai medan ilmu dan intelektualisme,” tegas MPPK.

Artikel lain: Sejarah Tercipta! Johnny Lim Jadi Leftenan Jeneral Berbangsa Cina Pertama Dalam ATM

Advertisement. Scroll to continue reading.

MPPK hargai pendekatan PM Anwar

Jelas MPPK, tindakan berkenaan dianggap mencerminkan ketandusan pemikiran rasional serta boleh mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan imej institusi pendidikan.

Pihaknya mengiktiraf kebebasan bersuara sebagai hak penting yang termaktub dalam Perlembagaan, namun menegaskan bahawa hak tersebut perlu diiringi dengan kematangan intelektual, rasa hormat dan kesantunan dalam menyatakan pandangan.

“Sebagai mahasiswa yang dididik dalam suasana berasaskan kesopanan dan intelektualisme, kita seharusnya mengangkat prinsip berbeza pandangan secara beradab, bukan melalui tindakan biadab atau menghina,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, MPPK terus komited dalam memelihara keharmonian dan ketenteraman kampus sebagai ruang intelektual yang aman, sejahtera dan kondusif untuk pembangunan ilmu, sahsiah serta kepimpinan mahasiswa.

Terdahulu, karikatur wajah Anwar dibakar oleh mahasiswa yang menyertai Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS, baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menasihati kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir agar mahasiswa UMS yang terlibat dalam perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 tidak dibuang daripada pengajian.

Sumber: Instagram @Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd