Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Mohd Nidzam Kecewa Selangor FC Gagal Saingi JDT Di Laman Sendiri

Ketua jurulatih Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil meluahkan rasa kecewa apabila skuad di bawah kendaliannya gagal menghalang dominasi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri, malam tadi.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tigers

Menurut laporan BERNAMA, skuad bola sepak Selangor ditewaskan oleh Harimau Selatan dengan Mata 0-3 dalam aksi Liga Super 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

“Keputusan tak baguslah 0-3, lagi-lagi bermain di tempat sendiri. Sudah tentu setiap tahun kita mahukan peningkatan walaupun 10 peratus sudah dikira bagus.
“Kalau lihat sebelum ini, kita 15 hingga 20 mata di belakang pendahulu tapi tahun ni saya tak tahu. Kita cuba untuk rapatkan jurang setiap tahun. Kita kena bangkit untuk jadi lebih baik,” katanya pada sidang media di Stadium MBPJ, malam tadi.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tigers

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nidzam berkata, kekalahan mereka semalam membuktikan banyak penambahbaikan  yang perlu dilakukan untuk bersaing dengan pendahulu Liga Super, JDT.

Selangor mengumpul 26 mata selepas 13 perlawanan termasuk permainan pada malam tadi, ketinggalan lapan mata di belakang juara bertahan 10 kali berturut-turut Liga Super.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tigers

Dalam pada itu, ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio memuji tahap disiplin tinggi yang dipamerkan oleh anak buahnya sepanjang tempoh permainan ketika bertemu Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiga mata ini penting untuk kamidan kejuaraan. Pada pendapat saya, pasukan bermain dengan sangat baik pada separuh masa pertama dengan mengatur gerakan dari satu arah ke satu arah walau adakalanya sukar mencari peluang. Tapi apabila ada peluang, kami hasilkan jaringan,” katanya.

JDT selesa berada di puncak Liga Super dengan 34 mata selepas 12 perlawanan tanpa rekod kekalahan setakat ini.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd