Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Audio Tular: Mohamad Ali Fail Saman RM100 Juta Terhadap Ketua Menteri Melaka

Fail saman RM100 Juta

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memaklumkan bakal memfailkan saman sivil terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berjumlah RM100 juta dalam waktu terdekat.

Fail saman RM100 Juta

Fail saman RM100 Juta

Foto: Malay Mail

Memetik laporan Sinar Harian, beliau memberitahu saman itu dibuat setelah mendakwa dirinya serta keluarga teraniaya, khususnya berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan dirinya.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga mendedahkan aduan bertulis akan dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan memohon agar pihak tersebut dapat membantu menegakkan keadilan serta perlindungan sewajarnya.

“Dia mungkin sekarang ini cuba nak mengelak, tetapi saman sivil saya terhadap beliau di mahkamah nanti akan mendedahkan segalanya dan beliau tidak boleh berbohong.
“Saya sudah menyiapkan laporan forensik yang mengesahkan bahawa suara itu adalah suara pakatan jahat yang telah dibuat oleh Ab Rauf,” kata Mohamad Ali dalam sidang akhbar di Klebang, pada Ahad.

Mohamad Ali memaklumkan kepercayaan penuh diletakkan terhadap polis yang menjalankan siasatan agar proses berjalan secara telus serta adil tanpa memihak kepada mana-mana individu berkepentingan dan berprofil tinggi.

Fail saman RM100 Juta

Foto: Utusan Malaysia

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi tiga minit 57 saat memaparkan kenyataan media seorang individu berlatar belakangkan tiga klip audio perbualan telefon antara dua individu, salah satunya didakwa mirip suara Ab Rauf.

Susulan itu, Mohamad Ali menggesa individu yang terlibat tampil membuat laporan polis menafikan penglibatannya dalam rakaman audio tular yang didakwa melibatkan kes rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tuntut Lebih RM36 Juta, Bekas CEO Saman Yayasan Dan Bank Rakyat

Difahamkan, beliau yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 turut ditahan polis dan direman oleh SPRM pada 15 April lalu mengikut Seksyen 16 Akta SPRM berkaitan dakwaan rasuah.

Sebelum ini,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Ab Rauf menafikan sebarang penglibatan yang mengaitkan dirinya cuba untuk menjatuhkan Mohamad Ali, selaku bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd