Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Peruntuk RM12 Bilion Untuk Perolehan Aset ATM 2025

Kementerian Pertahanan (MINDEF) peruntuk RM12 bilion bagi tujuan perolehan dan penambahan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

MINDEF peruntuk RM12 bilion

RM12 Bilion

Foto: BERNAMA

Menurut laporan Kosmo! Online, menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan peruntukan tersebut semasa menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2025 di Wisma Perwira ATM, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa tujuan peruntukan tersebut termasuk meningkatkan keupayaan teknologi bagi memenuhi keperluan dan menangani cabaran semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara perolehan aset utama yang telah diluluskan ialah Meriam 105 milimeter Pack-Howitzer untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Selain itu, Surface to Surface Missile (SSM) bagi kegunaan Kapal Diraja (KD) Jebat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS),” katanya.

Artikel lain: MINDEF Nafi Dakwaan Pemberhentian Kesemua Panglima ATM Disebabkan Kontrak Helikopter

Menurut Mohamed Khaled, ia termasuk kemajuan kapal tempur pesisir 1 (LCS1) yang disasarkan mencapai 96.52 peratus dan telah memulakan Ujian Penerimaan Pelabuhan (HAT) dan Ujian Penerimaan Laut (SAT).

“LCS2, LCS3, LCS4 dan LCS5, masing-masing dijangka mencapai 86.61 peratus, 76.60 peratus, 65.05 peratus dan 48.72 peratus kemajuan,” ujarnya.

LCS2 telah diturunkan ke air dan sedang menjalani Setting To Work (STW), manakala LCS3 sedang dalam persiapan akhir untuk diturunkan ke air pada Januari 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pembinaan tiga kapal Kapal Pesisir Pantai LMS Batch Kedua (LMSB2), kemajuan kerja dijangka mencapai 13.8 peratus secara keseluruhan pada Jun 2025.

“LMSB2-1, LMSB2-2 dan LMSB2-3 masing-masing disasarkan mencapai 17.1 peratus, 13.9 peratus dan 10.4 peratus kemajuan,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, pesawat FLIT-LCA KAI FA-50 Block 20 kini mencapai status kemajuan 48 peratus dengan dua buah pesawat pertama dijangka diterima pada Oktober 2026.

Malah beliau berkata, pihaknya juga sedang mengusahakan perolehan Pesawat Ronda Maritim (MP) untuk tujuan pengawasan kawasan maritim yang dijangka diterima pada Jun dan September 2026.

Sumber: Kosmo! Online (Harrith Hisham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd