Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dikecam Kalah Dengan Tunisia, Miki Ghazali Anggap Netizen Sampah?

Petinju Muay Thai, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo menjadi perhatian ramai apabila bertanyakan beberapa soalan kepada adiknya iaitu Miki Ghazali setelah tewas pada perlawanan IFMA Youth World Championship 2025.

Anggap netizen sampah?

Miki ghazali Anggap netizen sampah?

Menerusi perkongsian di TikTok, Johan bertanya berkenaan perasaan selepas kalah dalam pertemuan tersebut namun jawapan yang diberikan oleh Miki membuatkan ramai peminat berasa terkejut dan kurang senang.

@johanghazali7

Miki true colours dah keluar

♬ original sound – JohanGhazali1 – JohanGhazali1

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

“Aku rasa gembira, kalau ada orang Malaysia aku tak kisah pun diorang semua sampah,” kata Miki di TikTok, semalam.

Dalam pada itu, Johan juga turut tidak menyangka bahawa adiknya itu bakal ditumpaskan oleh pasukan lawan yang dianggap sebagai ‘under dog’ dalam sukan tersebut.

“Aku faham juga sebab netizen marah sebab aku pun ingatkan kau boleh menang tapi rupa-rupanya kalah lagi-lagi dari negara Tunisia.
“Aku tak pernah dengar tau petinju dari Tunisia, macam mana kau boleh kalah,” tanya Johan.
@johanghazali

Saya cuma wartawan

♬ original sound – JohanGhazaliMuaythai – JohanGhazaliMuaythai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dalam perkongsian berasingan, Miki menjelaskan kenyataan ‘sampah’ itu hanya ditujukan buat individu yang sering menghentamnya dan mengakui rakyat Malaysia begitu baik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat dua beradik itu sekaligus memberikan sokongan kepada Miki untuk tidak berputusa asa dan terus menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik.

Belajar dari kesilapan

Adat permainan menang kalah

Mata dah berair tu

Artikel lain: Petinju Wanita Islam Pertama Wakili Australia Layak Ke Olimpik

Untuk info, Miki Ghazali, merupakan seorang atlet Muay Thai dan tinju muda berbakat dari Malaysia. Abang-abangnya ialah Muhammad Elias Ghazali dan Muhammad Johan Ghazali (Jojo), seorang juara Muay Thai profesional yang dikenali ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Johan Ghazali

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd