Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menyorok Bawah Kanvas, 42 PATI Termasuk Bayi 1 Tahun Ditahan Maritim

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor telah menggagalkan cubaan menyeludup 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi berusia satu tahun yang bersembunyi di bawah kanvas pada Khamis.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan ke atas bot nelayan asing Indonesia telah dilakukan oleh KM DANGA pada kedudukan kira-kira 2.4 batu nautika barat daya Tanjung Gabang, Morib dalam OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS 3.0 .

Foto: FB Maritim Malaysia 

Difahamkan, semasa pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati 30 lelaki, 11 wanita serta seorang bayi lelaki berusia satu tahun sedang bersembunyi di bawah kanvas bot dan 42 PATI ini dipercayai berasal dari Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tidak menunjukkan dokumen yang sah merupakan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ia turut disiasat berdasarkan Akta Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Foto: FB Maritim Malaysia

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu melakukan penyeludupan migran dan keluar daripada Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Muhaimin berkata, sebelum kesemua individu terbabit dihantar kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut, mereka yang ditahan termasuk bot telah dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor terlebih dahulu.

Foto: FB Maritim

“Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 untuk maklum balas segera,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Maritim Malaysia

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd