Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Perpaduan Mohon Jauhi Kenyataan Sentuh Sensitiviti Agama & Kaum

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang menzahirkan rasa kecewa dan mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa “masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih terikat dengan negara asal mereka”.

Tun M sebagai negarawan sepatutnya jadi ejen perpaduan negara

Ujar beliau, Tun Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa ini sepatutnya menjadi seorang ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan.

Malaysia dibina atas dasar kebersamaan

Hal ini disebabkan negara Malaysia telah dibina atas dasar kebersamaan melalui Kontrak Sosial yang telah membawa kemerdekaan.

Dalam menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya di negara ini, pemimpin terdahulu (fore fathers) telah mendukung wadah integrasi nasional berbanding asimilasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: Unity Malaysia

Semua pihak diharap elak keluar kenyataan sentuh sensitiviti

Jadi, walaupun sudah lebih 60 tahun merdeka, rakyat Malaysia masih mengekalkan nilai “Perpaduan dalam Kepelbagaian” sebagai resam hidup.

Susulan daripada itu, Datuk Aaron menyeru agar semua lapis masyarakat termasuklah pemimpin politik untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu gugat perpaduan negara.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sekali gus boleh menimbulkan kebencian.
“Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan (role model) dalam memupuk nilai-nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan,” ujarnya.
 

Jadikan peristiwa sejarah satu teladan

Jadi, beliau berharap supaya semua rakyat Malaysia menjadikan peristiwa sejarah dahulu sebagai satu teladan untuk mengekalkan keharmonian yang kita nikmati kini.

Kita harus mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang pernah dilalui oleh Malaysia agar perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dirasai sekarang dapat terus dinikmati.
Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan,” tegas beliau lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd