Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Kerja Raya Sambut Baik Keputusan Kerajaan Siar Statistik Kematian ‘Real Time’

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyiarkan statistik kes kematian akibat kemalangan secara ‘real time’ setiap hari.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menjelaskan bahawa usaha ini dapat menyuntik kesedaran di kalangan pengguna jalan raya untuk terus berhati-hati ketika menggunakan jalan raya.

“Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan dan Keselamatan Jalan Raya yang turut saya hadiri mewakili Kementerian Kerja Raya,” katanya hari ini.

Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Dalam masa yang sama, Alexander juga berkongsi data kes kemalangan jalan raya adalah sebanyak 598,635 yang dilaporkan di seluruh negara sepanjang tahun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 5,984 kes kemalangan maut dengan 6,433 kematian dilaporkan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga tidak menafikan bahawa keadaan infrastruktur jalan raya antara faktor yang sering dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.

“Berdasarkan kajian dari MIROS, faktor paling kritikal yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya ialah kesalahan pemandu (80.6%), keadaan jalan dan persekitaran (13.2%), dan keadaan kenderaan (6.2%).
“Walaupun kajian menunjukkan faktor jalan dan persekitaran hanya menyumbang kurang dari 15%, namun pengguna jalan raya akan menghadapi peningkatan risiko kemalangan kerana kerosakan jalan, seperti retak permukaan dan jalan berlubang,” tambahnya lagi.

Foto: Google

Beliau menyatakan agensi-agensi di bawah kementerian seperti Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia sentiasa berusaha untuk melaksanakan tindakan proaktif bagi memperbaiki mutu jalan raya.

“Melalui program dan aplikasi aduan one-stop centre MYJalan, data-data kerosakan jalan yang diterima dapat digunakan bagi mengenal pasti keperluan kewangan yang mendesak bagi memperbaiki jalan-jalan rosak di seluruh negara,” jelas beliau.

Program MYJalan dicetuskan bagi mempertingkatkan kebertanggungjawaban semua pihak yang terlibat dalam memastikan kualiti infrastruktur jalan raya yang selamat dan selesa demi memastikan keselamatan nyawa pengguna jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd