Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MBSA Diarah Cari Punca Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam – EXCO

MBSA diarah cari punca bunyi letupan

Bunyi seakan letupan di Shah Alam telah menerima respons balas kerajaan negeri untuk dikenal pasti kerana kejadian itu menggusarkan penduduk setempat.

MBSA diarah cari punca bunyi letupan

MBSA diarah cari punca bunyi letupan

Foto: Kosmo

Memetik laporan Harian Metro, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim memberitahu, pihaknya mengambil cakna akan kejadian yang tular di media sosial itu dan sedang berusaha mencari punca bunyi letupan tersebut.

“Saya akan minta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cari punca dan mungkin kita boleh adakan kerjasama lebih rapat dengan polis untuk kenal pasti (punca) bunyi berkenaan, dari mana bunyi itu datang supaya rakyat tidak khuatir dan dalam kebimbangan.
“Bunyi ini mungkin boleh menjadi fobia atau kacau ganggu kepada rutin harian penduduk justeru kita akan cuba sedaya upaya untuk mengesannya.
“Setakat ini, ia (punca bunyi) masih samar-samar,” kata Suee Lim di Shah Alam hari ini.

Difahamkan kejadian itu telah berlaku sejak beberapa minggu yang lalu dan masih menjadi teka-teki di kalangan penempatan terbabit.

Berita itu turut dikongsi di Facebook Shah Alam Resident oleh beberapa individu yang dipercayai penduduk sekitar Shah Alam yang mendengar bunyi seakan letupan itu.

MBSA diarah cari punca bunyi letupan

Foto: Berita Harian

Dikatakan, bunyi berkenaan boleh didengari di sekitar pusat bandar Shah Alam serta beberapa lokasi lain termasuk Denai Alam, TTDI Jaya serta Setia Alam.

Artikel lain: Bahan Letupan Belerang Dipercayai Punca Bumbung Myvi Kuning Berlubang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengambil maklum berkenaan kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat lanjut.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd