Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masjid Rusila Maklum Tidak Terima Permohonan Maritim Malaysia Untuk Jalankan Aktiviti

Pihak pengurusan Masjid Rusila di Kuala Terengganu menafikan dakwaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung satu aktiviti yang didakwa berlangsung di kawasan masjid itu pada 19 September lalu.

Masjid Rusila maklum tidak terima permohonan

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Rusila, Mohd Azri Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan atau makluman daripada Maritim Malaysia berkenaan aktiviti seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah agensi berkenaan semalam.

“Pihak Masjid tidak pernah menerima sebarang permohonan atau permakluman untuk apa-apa aktiviti tersebut, sama ada secara lisan mahupun bertulis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak masjid turut menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan berhubung sebarang aktiviti yang dijalankan di bawah pengetahuan pihak berkuasa.

Masjid Rusila

Foto: Discovery Terengganu

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati tiada sebarang aktiviti direkodkan pada tarikh berkenaan sebelum pihak masjid mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Selepas laporan polis dibuat, barulah kami menerima makluman secara lisan serta permohonan maaf melalui panggilan telefon daripada pihak Maritim Malaysia,” ujarnya.

Mohd Azri turut menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan yang disifatkan sebagai tidak profesional dalam cara agensi tersebut menangani isu berkenaan.

“Pihak masjid sangat kecewa dengan sikap dan tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia dalam menangani isu ini,” jelasnya.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Rosli Abdullah menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya pasukan elit Maritim Malaysia melakukan serangan di masjid tersebut pada 19 September lalu.

Artikel lain: APMM Nafi Serbu Masjid Di Marang, Tuduhan Tak Berasas & Boleh Jejas Imej

Mohd Rosli berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas malah berpotensi menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menjatuhkan moral operator pasukan elit negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maritim Malaysia tidak pernah dan tidak akan menjadikan rumah ibadah sebagai lokasi serbuan atau operasi. Latihan yang dijalankan ketika itu hanyalah sebahagian daripada silibus latihan taktikal pasukan khas kami,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, latihan dilakukan ialah modul Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bagi membentuk daya tahan, disiplin, dan kebijaksanaan anggota dalam berinteraksi dengan masyarakat ketika melaksanakan misi penyamaran.

Masjid Rusila

Foto: FB Maritim Malaysia

Masjid Rusila

Foto: FB Maritim Malaysia

“Masjid berkenaan hanya menjadi lokasi beriktikaf dan rehat para pelatih selepas menunaikan solat Asar sebelum menerima tugasan seterusnya.
“Pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku,” katanya Mohd Rosli lagi.
Masjid Rusila

Foto: FB Maritim Malaysia

Sumber: Facebook Masjid Rusila & Maritim Malaysia

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd