Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Luah Rasa Kasihan, Masak Hati Ayam Dan Nasi Buat Anjing, Kucing Jalanan

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang wanita meraih pujian ramai apabila tindakan murninya memberi makan anjing jalanan tular di media sosial.

Masak hati ayam, buat anjing jalanan

Masak hati ayam, buat anjing jalanan

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu meluahkan rasa simpati mengenang nasib haiwan jalanan itu yang kesejukan kelaparan akibat musim hujan yang sedang melanda negara.

“Tengah musim hujan ni, kesian kalau fikir apa nasib stray dog and cat. Jadi saya putuskan untuk masak hati ayam 2kg dan nasi 4 pot untuk haiwan-haiwan ini.
“Harap dapat la hilang lapar sikit,” tulisnya di Threads

Dalam perkongsian sama, wanita muslim itu juga menunjukkan dua ekor anjing jalanan sedang menikmati makanan yang dimasaknya dengan penuh berselera membuatkan dirinya berasa gembira kerana usaha yang dilakukan bukan perkara yang sia-sia.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji tindakan mulia yang dilakukan oleh wanita itu kerana tidak ramai yang sanggup membelanjakan sejumlah wang demi memberi makan haiwan liar di jalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah ada juga wargamaya mengucapkan terima kasih dan mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih orang baik

Moga dimurahkan rezeki

Syurga tempat awak

Artikel lain: ADUN Negeri Sembilan Sebulat Suara Laksana Pelupusan Anjing Liar Di Penempatan Majoriti Melayu

Terdahulu, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, mengulas berkenaan hukum seorang Muslim memberi makanan kepada haiwan yang haram disentuh.

Menurut UAI, tiada masalah bagi umat Islam untuk memberi makan kepada anjing dan menceritakan kisah seorang wanita dari bani Israel yang diampunkan dosanya kerana memberi minum kepada anjing.

Dalam kisah itu, wanita tersebut yang merupakan seorang pelacur telah melihat haiwan itu yang mengelilingi sebuah telaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

UAI berkata kisah ini menunjukkan bahawa seseorang boleh memberi makan kepada haiwan walaupun ia merupakan najis mughallazah.

Sebaliknya beliau berkata apa yang diharamkan adalah menganggap seekor haiwan najis, seperti anjing, sebagai haiwan yang suci.

Sumber: Threads urfav.adahz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd