Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mas Ermieyati Ulas Isu FashionValet – “Adakah Cukup Dengan Mohon Maaf?”

Ahli Parlimen Dun Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin membidas kenyataan berhubung kerugian yang ditanggung Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasioanal Berhad (PNB) dalam isu FashionValet hanyalah sedikit berbanding keuntungan yang diperoleh kedua-dua syarikat tersebut.

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Ahli Parlimen pembangkang itu berpendapat bahawa kenyataan kerugian sebanyak RM43.9 juta itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana jumlahnya bukanlah sedikit.

Beliau berkata, dengan jumlah kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet itu, ribuan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ternyata lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan dapat dibantu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Betapa lebih RM40 juta itu boleh dimanfaatkan ramai atau ribuan usahawan PKS yang mana jauh lebih bertanggungjawab.
“Di kala usahawan di Malaysia sedang bergelut untuk persiapan masing-masing dalam kepayahan mendapatkan bantuan dan sokongan kerajaan, tiba-tiba negara digemparkan dengan berita isu kerugian RM43.9 juta,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar pada Isnin.

Pada masa sama, Mas Ermieyati turut mempersoal tindakan permohonan maaf usahawan fesyen Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, mereka sudah mengecewakan ramai pengikut dengan mempamerkan gaya hidup mewah sebagai ikon fesyen.

“Di Malaysia ini sekarang musim minta maaf, tidak perlu tunggu raya…suami isteri mohon maaf atas kerugian.
“Adakah cukup dengan mohon maaf dan kenyataan bahawa mereka kecewa dengan diri sendiri,” katanya.

Tambahan lagi, isu tatakelola Pelaburan Haratanah Berhad (PHB) turut dibangkitkan oleh beliau.

Menurutnya, PHB perlu menjelaskan isu tiga bulan gaji pokok bernilai RM210,000 sebagai bonus diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) walaupun syarikat hanya mencapai kurang daripada separuh indeks prestasi utama (KPI).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut mendedahkan rancangan syarikat tersebut baru-baru, untuk memberi pekerjanya bonus percutian mewah ke luar negara, namun dibatalkan selepas cerita tersebut tersebar di media sosial.

“Malah, CEO syarikat ini juga dikatakan menderma RM50,000 kepada sebuah sekolah yang mana dia adalah alumninya, jelas ini ada isu kepentingan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid), Instagram Vivy Yusof

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd