Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Marinette Satu-Satunya Kapal Yang Masih Belayar Teruskan Misi Kemanusiaan GSF

Hanya tinggal sebuah kapal dalam armada Flotila Global Sumud (GSF) yang masih meneruskan pelayaran ke Gaza selepas hampir semua 42 kapal lain dipintas secara haram oleh tentera Israel.

Menurut penganjur misi, kapal yang dikenali sebagai Marinette itu kini menjadi tumpuan dunia selepas lebih 450 aktivis daripada pelbagai negara ditahan dalam operasi ketenteraan Israel terhadap flotila berkenaan.

Marinette

“Penumpang kapal-kapal yang ditahan diculik secara menyalahi undang-undang. Dunia sedang menyaksikan apa yang berlaku apabila orang awam mencabar kepungan Israel. Namun Marinette tetap berlayar,” katanya.

Artikel lain: GSF: Haroqs Ditahan, Hasrat Bawa Coklat Untuk Kanak-Kanak Di Sana Tidak Kesampaian

Jawatankuasa Antarabangsa untuk Memecahkan Kepungan ke atas Gaza (ICBSG) memaklumkan, Marinette sedang menuju ke Gaza tetapi mengalami kelewatan kerana masalah teknikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kapal yang berdaftar di bawah bendera Poland itu membawa enam penumpang di dalamnya.

Aktivis yang terlibat dalam misi flotila kali ini datang dari pelbagai negara termasuk Sepanyol, Itali, Brazil, Turki, Greece, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Britain dan Perancis.

Marinette

Reuters melaporkan siaran langsung penganjur menunjukkan kru Marinette terus mengemudi kapal berkenaan yang berada kira-kira 80 batu nautika dari Gaza pada malam Khamis, iaitu hanya 10 batu nautika dari lokasi Israel mula memintas kapal-kapal lain.

Berdasarkan data penjejakan semasa, Marinette kini kekal sebagai satu-satunya kapal GSF yang masih berada di laut selepas puluhan kapal lain diambil alih oleh tentera Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Lokal

Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang atas tujuh pertuduhan mencederakan rakan setugasnya termasuk seorang mangsa yang dilaporkan...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd