Jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikebumikan pada 17 Julai lalu mengejutkan ramai apabila masih utuh dan berada dalam keadaan baik walaupun kuburnya digali semula hari ini.
Jasad Zara Qairina seperti baru semalam dikebumi
Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral, yang turut terlibat dalam proses penggalian, mendedahkan beliau sendiri melihat keadaan jasad itu dari dekat apabila sempat membuat siaran langsung ketika proses berkenaan dilakukan.
Ramai saksi jasad Zara Qairina masih utuh
Memetik laporan daripada Harian Metro juga, beliau mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bukan beliau sahaja yang melihat perkara itu, tetapi semua yang terlibat dalam proses pengalian semula pusaranya.
“Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi… ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan ada daripada JAKIM juga,” katanya ketika dihubungi.
Kredit foto: FB Muhammad Syazwan
Sebelum itu, tular video di media sosial memaparkan ibu Zara Qairina memberitahu jasad anaknya masih dalam keadaan baik, dan wajahnya seolah-olah baru semalam dikebumikan.
Video sama turut merakam Amani mengiyakan kenyataan tersebut.
Kredit Foto: Sinar Harian
Artikel lain: Jabatan Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula Untuk Bedah Siasat
Penggalian semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, bermula jam 6.04 petang dan selesai sekitar 7.31 malam, mengambil masa lebih sejam.
Menurut peguam keluarga, Hamid Ismail, jenazah kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan jam 9 pagi esok.
Sumber: TikTok kayumerah8, Harian Metro (Juwan Riduan)
