Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Sedar Risiko, Tetap Perjuangkan Nasib Palestin Di Peringkat Antarabangsa – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya sedar Malaysia berdepan dengan risiko apabila lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Lapor Harian Metro, beliau berkata, Malaysia pasti akan berdepan dengan tindak balas daripada beberapa negara Barat berhubungan kelantan tersebut.

Bagaimanapun, ia bukanlah halangan buat Malaysia dan akan terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin di peringkat antarabangsa.

Tegas Anwar, ia berhubung soal kemanusiaan kerana penduduknya terus sengsara akibat penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, (saya tahu) banyak risiko. Saya tidak ada pilihan (berhubung perkara ini kerana) adanya pembunuhan melibatkan nyawa anak kecil dan wanita.
“Namun, saya tidak bimbang ( mengenai tindak balas itu) kerana adanya pendapat sama dari semua negara (ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Ada konsensus tentang soal kemanusiaan di Gaza,”ujarnya.

PM Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan ke Arab Saudi pada Sabtu.

Anwar berkata, beliau bukan sahaja membawa konflik Palestin dan Israel di pentas Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC, malah berbincang secara peribadi dengan beberapa pemimpin negara.

Antaranya adalah Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, Raja Bahrain Hamad bin Isa, Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Presiden Mesir Abdel Fatah El-Sisi.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Yakin Anwar, semua negara perlu bersepakat untuk mencari penyelesaian berhubung nasib penduduk Palestin, selain tidak mahu Malaysia bersendirian untuk menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kezaliman yang dilakukan.

Anwar turut mendesak untuk menghentikan kezaliman Israel berikutan keadaan semasa yang berlaku di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, tekanan harus dilakukan kerana keengganan beberapa buah negara Eropah menu

“Jika tidak dihentikan, tempiasnya akan beri kesan parah dari segi keselamatan serantau. Kita perlu mendorong penglibatan negara lain.
“Kebimbangan kita adalah faktor kemanusiaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat di Palestin Gaza… (ini cubaan untuk) melumpuhkan seluruh kehidupan di situ.
“Ini boleh mengundang sikap fanatik dan pengganas. Kalau ditekan sebegitu rupa sampai tidak bernyawa, pilihan yang mereka ada ialah berjuang atau mati dan mereka memilih untuk terus berjuang,” kata beliau.

PM Anwar Ibrahim, Palestin

Artikel lain: “Bukan Mudah Hantar Tentera Malaysia Ke Palestin” – Anwar Ibrahim

Beliau akan terus lantang bersuara demi Palestin atas nama kemanusiaan dan keamanan dunia.

Sumber: Harian Metro (Bernama)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd