Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Malaysia Negara Pertama Lengkapkan Kontrak E-Haj, Diberi Peluang Pilih Tapak Perkhemahan Di Masyair – TH

Malaysia diumumkan sebagai negara pertama yang melengkapkan semua kontrak dalam sistem E-Haj sekali gus membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) diberi peluang untuk memilih tapak perkhemahan di Masyair.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, TH berazam dan terus berazam untuk meneruskan komitmen serta menjadi contoh kepada negara lain.

Foto: FB TH

“Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini selepas pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka permohonan lebih awal menerusi Sistem Nusuk.
“Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama, komitmen dan panduan daripada pihak Mashariq,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ta’aruf antara barisan kepimpinan Syarikat Mashariq dengan pengurusan Rombongan Haji Malaysia di Al Naseem, Makkah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab besar mengendali jemaah haji Malaysia pada setiap musim haji dan kemantapan kerja sebagai satu pasukan penting dalam menyantuni tetamu Allah yakni ketika berdepan operasi haji yang mencabar.

Foto: FB TH

“Saya yakin kerjasama erat yang terjalin sejak sekian lama di antara kedua-dua Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia akan berterusan dan menjadi lebih akrab. Insya-Allah, kita akan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada tetamu Allah SWT di masa-masa akan datang,” ujarnya.

Syed Salleh turut berkata bahawa TH sentiasa meningkatkan program latihan kepada bakal haji Malaysia sebelum bergerak ke Tanah Suci yang membabitkan pelbagai medium termasuklah kursus haji dalam talian.

“Langkah itu bagi memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat dan panduan bukan sahaja berkaitan ibadat tetapi juga panduan kendiri dan adab, cara menjaga kesihatan serta mengekalkan kebersihan di persekitaran mereka,” tambahnya lagi.

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 itu juga turut memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di bawah pemerintahan Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohamad bin Salman yang menganugerahkan kuota penuh kepada rakyat Malaysia dalam melaksanakan ibadah haji musim 1445H.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB TH

“Kami amat menghargai komitmen di pihak kerajaan Arab Saudi melalui pelbagai pihak terutamanya Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di bawah kepimpinan Menterinya Dr. Tawfiq Al-Rabiah,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Syarikat Mashariq Holdings Adnan Hussin Mandora, Timbalan Pengerusi Syarikat Mashariq Holdings Abdul Rahman Abdullah Ashour, Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan Mohamed Heikal Mohamed Yusuff dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Perubatan Abdul Marsudi Manah.

Untuk makluman, majlis berkenaan diadakan sebagai tanda mahabbah antara kedua-dua pihak dalam menyantuni jemaah haji musim ini.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Jasad penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, ditemui pada hari kedua operasi selepas hilang dalam insiden mesin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd