Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Malaysia Di Kedudukan 132 Dunia, Naik 4 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA

Keputusan perlawanan terakhir kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023 semalam berjaya membuat pasukan Malaysia naik empat anak tangga dalam ranking FIFA (Federation Internationale de Football Association) apabila mengikat kedudukan dengan pasukan Korea Selatan 3-3.

Naik 4 anak tangga

Perkara itu dimaklumkan menerusi platform X apabila akaun Footy Ranking memuat naik kedudukan semasa pasukan Harimau Malaya yang kini berada di tangga 132 dunia.

Malaysia naik dalam ranking FIFA, Korea Selatan jatuh

Berbeza pula nasib dengan pasukan Korea Selatan apabila kedudukan semasa menurun ke dua anak tangga selepas hanya mampu mengikat mata dengan Malaysia dalam perlawanan semalam.

Pasukan tersebut kini berada di tangga ke-25 dengan penolakan mata sebanyak 12.30 selepas perlawanan semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/pfbid02P6shXC1phXbdzQbdepjDGTu5G4sre95BjHAHW6FPkfU58SCmruuYVSfpGV6PntMEl

Pasukan Harimau Malaya menamatkan saingan di Piala Asia Qatar dengan kedudukan terakhir dalam kumpulan E apabila mengikat 3-3 pasukan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Qatar.

Walaupun tidak berjaya melangkah ke-16 terbaik, namun perlawanan semalam sememangnya cukup mengujakan dan kejayaan bersaing dengan pasukan ‘atasan’ di Asia pastinya menggembirakan peminat bolasepak Tanah Air.

Sumber: X Footy Rankings, Facebook FAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd