Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Malaysia Catat Jualan Kenderaan Elektrik Kukuh, Momentum Positif Dijangka Berterusan

Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan kenderaan elektrik yang kukuh setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan sehingga penghujung 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, setakat ini, Malaysia merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar.

“Lebih 12,000 kenderaan elektrik bateri (BEV) telah didaftarkan sejak 2011 dengan bilangan BEV yang didaftarkan pada tahun ini sahaja telah melebihi 9,000 unit,” katanya dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran awal Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) di sini, hari ini.

Jualan kenderaan elektrik kukuh

Artikel lain: Harga Jualan & Sewa Kediaman Dijangka Naik Hampir 10% Tahun Depan

Bagi tempoh 10 bulan pertama 2023, jualan kenderaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada hampir 647,000 unit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tengku Zafrul berkata beliau percaya kenderaan elektrik akan menjadi pemangkin kepada eksport industri pembuatan Malaysia.

Menjelas lanjut beliau berkata produk elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan rantaian bekalan utama kepada sektor EV menyumbang 40 peratus daripada 80 peratus eksport Malaysia daripada sektor pembuatan.

“Oleh itu terdapat banyak potensi dalam kenderaan generasi baharu yang memerlukan lebih banyak komponen, sebagai contoh, komposit semikonduktor, komponen cip dalam kereta hari ini, malahan kereta hibrid adalah kira-kira 1500 cip dalam sesebuah kereta.
“Dalam kereta EV, ia boleh mencapai sehingga sekurang-kurangnya 3000 cip dalam sesebuah kereta dan cip-cip ini datang daripada sektor E&E,” katanya.

Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelabur EV. Antara tempoh 2018 dan Jun 2023, MIDA meluluskan 59 projek EV  bernilai RM26.2 bilion dan ekosistem berkaitannya untuk pemasangan kenderaan, bahagian pembuatan dan komponen pengecasan.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, untuk mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) yang dilancarkan pada Ogos tahun ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menetapkan sasaran nasional, yang mana 20 peratus jualan tahunan kereta baharu Malaysia akan terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang 2030, 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Komitmen MITI untuk membawa Malaysia ke hadapan dalam revolusi kenderaan elektrik boleh dilihat melalui Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020). “NAP2020  menyediakan industri automotif tempatan hala tuju yang jelas untuk persiapan masa depan, melalui pembangunan kenderaan generasi akan datang termasuk EV yang cekap tenaga dan mesra alam,” katanya.

Sebagai sebuah ekosistem, industri automotif menyumbang kira-kira empat peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

Menjelang 2030, kerajaan menyasar  untuk mencapai RM104.2 bilion dalam sumbangan KDNK dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.47 juta unit kenderaan.

Tahun lepas, industri automotif Malaysia mencapai output pengeluaran lebih 700,000 kenderaan susulan permintaan yang kukuh selepas pandemik.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd