Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

“Malaysia Bersedia Sertai BRICS Tidak Lama Lagi” – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menyertai Kumpulan BRICS (sebuah kesatuan ekonomi yang terdiri daripada negara-negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

Menerusi satu laporan News.Az, Anwar memberitahu Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS tidak lama lagi semasa temu bual bersama dengan Guancha.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Kami telah mengambil keputusan yang sewajarnya. Kami akan melancarkan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami menunggu keputusan akhir, maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa perbincangan mengenai pembesaran BRICS telah diadakan bersama Presiden Brazil, iaitu Luiz Inacio Lula da Silva.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, turut dilaporkan bahawa Kumpulan BRICS telah menunjukkan dua gelombang pengembangan yang besar sejak kemunculannya pada 2006 lepas.

“Pada 2011, Afrika Selatan menyertai ahli asal, yang termasuk Brazil, Rusia, India dan China. Pada Ogos 2023, enam ahli baharu, termasuk Argentina, telah dijemput untuk menyertai persatuan itu.

Foto: News.Az

“Buenos Aires menukar fikirannya pada akhir Disember tahun lalu. Lima ahli baharu, Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan itu pada 1 Januari 2024,” ujarnya.

Untuk makluman, singkatan BRIC pada asalnya dicipta oleh Jim O’Neill dalam kertas kerja “Building Better Global Economic BRICs” (2011), kemudian “S” secara rasminya dibubuh pada BRIC untuk menjadi BRICS setelah Afrika Selatan menyertai kesatuan tersebut pada 13 April 2011.

Sumber: News.Az

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Lokal

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan keluar sebanyak 31 tong minyak diesel dalam satu operasi di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd