Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mak Guard, Teman Lelaki Dituduh Cabul Murid Perempuan Dalam Tandas Sekolah

Seorang pengawal keselamatan sekolah bersama teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dakwaan mencabul seorang murid perempuan di sebuah sekolah di daerah Rembau, pada 7 Oktober lalu.

Mak guard, teman lelaki dituduh cabul murid

Menurut laporan Utusan, kedua-dua tertuduh Muahmad Mohd. Mohtar, 25, dan Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim N. Kanageswari.

cabul murid

Foto: Utusan

Tertuduh cabul murid dalam tandas perempuan di sekolah

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia sembilan tahun dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak itu untuk tujuan seksual yang dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di dalam tandas perempuan sebuah sekolah.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabit kesalahan.

Artikel lain: Aiskrim Dijadikan Umpan, Sarjan Tentera Disyaki Cabul Kanak-Kanak Lima Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, kemudian mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan supaya mereka melaporkan diri setiap bulan sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh turut dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berlangsung, selain diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada.

cabul murid

Foto: Kosmo! Online

Hakim kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin, bersama syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan pelantikan peguam bela.

Terdahulu, pasangan kekasih itu ditahan selepas beberapa jam laporan polis dibuat ibu mangsa di Balai Polis Chembong selain kejadian tersebut menjadi tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Online (Nor Ainaa Hamzah), Threads

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd