Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Sabah Pada Sabtu Ini

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan pada 20 April ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sambutan ini wajar dijadikan sebagai alat penyatuan seluruh Bangsa Malaysia serta dijadikan sebagai teras perpaduan yang merupakan kunci utama kepada keharmonian rakyat dan negara.

Foto: FB Aaron Ago Dagang

“Sambutan Aidilfitri yang bertemakan Perpaduan Melalui Perayaan ini menonjolkan keindahan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
“Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di Malaysia adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh semua rakyat,” katanya hari ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa majlis ini menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang akan disambut pada bulan Mei depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB SICC, Kota Kinabalu

“Pelbagai pengisian menarik turut diadakan sempena Jelajah Kembara Perpaduan semasa Sambutan Aidilfitri MADANI seperti Pameran Rumah KAMI merangkumi 12 buah rumah etnik, pameran alat muzik, tarian dan permainan tradisional serta persembahan artis terkenal tanah air,” ujarnya lagi.

Aaron berkata, majlis ini merupakan platform untuk semua rakyat Malaysia berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni menyambut perayaan Aidilfitri yang dapat menyatukan hati dan merapatkan ikatan dalam kalangan masyarakat.

“Tradisi rumah terbuka, di mana masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya dan agama berkumpul untuk berkongsi kebahagiaan dan keceriaan, telah menjadi satu kebiasaan yang diwarisi dari generasi ke generasi,” tambahnya.

Foto: FB SICC, Kota Kinabalu

Selain Aaron, majlis ini akan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehadiran semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Negeri Sabah sangat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di SICC, Kota Kinabalu tersebut.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd