Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Majlis Pakar CoExp Dibentuk, Pacu Kualiti Dan Relevansi TVET Negara

Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) telah melancarkan Majlis Pakar atau Council of Experts (CoExp) sebagai langkah strategik memacu kualiti dan relevansi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Pelancaran Majlis Pakar CoExp tanda komitmen GITC kukuh hubungan kerajaan & industri

Pelancaran rasmi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini menandakan komitmen GITC untuk mengukuhkan hubungan erat antara kerajaan, industri dan akademia demi membangunkan program TVET yang selari dengan keperluan semasa industri.

CoExp

Majlis Pakar CoExp masa depan TVET Malaysia

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, yang menegaskan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan TVET berupaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang relevan dengan pasaran pekerjaan moden.

“Ini adalah masa yang penting bagi TVET di Malaysia, dan saya percaya bahawa dengan memupuk kerjasama yang lebih erat antara kerajaan, industri, dan pendidik, kita dapat memperkasakan golongan muda kita dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam tenaga kerja moden,” katanya.

Penubuhan Majlis Pakar CoExp detik penting

Menurut Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai, Pengerusi GITC, penubuhan CoExp merupakan satu detik penting dalam usaha mempertingkatkan TVET.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penubuhan Majlis Pakar atau CoExp ini adalah satu peristiwa penting bagi GITC dan masa depan TVET di Malaysia. Kami berbesar hati mengalu-alukan kumpulan individu yang membawa kepakaran tidak ternilai dari pelbagai industri,”ujarnya.

Difahamkan, CoExp bertindak sebagai badan penasihat strategik GITC dalam hal-hal berkaitan pembangunan dasar, kurikulum, penyelarasan industri dan jaminan kualiti TVET.

Ahli CoExp terdiri daripada 80% wakil industri dan 20% akademia serta agensi kerajaan, memastikan pandangan industri sentiasa menjadi fokus utama.

Artikel lain: Pelajar Lepasan SPM Ada Peluang Luas Dalam Bidang TVET – Ahmad Zahid

Majlis pelancaran turut menyaksikan sesi perbincangan kumpulan yang mengumpulkan ahli CoExp mengikut sektor masing-masing untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan program TVET.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penubuhan CoExp dijangka memberi impak positif terhadap inovasi, penglibatan industri, dan pengukuhan ekosistem TVET negara bagi memenuhi keperluan ekonomi masa depan.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd