Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Main Api Sampai Rakan ‘Pergi’ , Dua Remaja Dihukum Cuci Tandas 6 Bulan

Dua orang remaja yang menyebabkan kematian rakan mereka kerana membakar sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3 dihukum ‘cuci tandas’ dalam tempoh enam bulan.

Cuci tandas selama enam bulan

Memetik laporan Buletin TV3, hukuman tersebut diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini selepas kedua-dua remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan mereka.

Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman bersifat khidmat masyarakat ‘cuci tandas’ selama 100 jam itu selain mahkamah turut memerintahkan bon berkelakuan baik sebanyak RM1,00 setiap seorang selama dua tahun.

Mereka berdua juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dalam tempoh yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kamu tidak boleh keluar rumah sendirian bermula jam 8 malam hingga 6 pagi kecuali ditemani ibu bapa masing-masing selain kena hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

cuci tandas

Artikel lain: Nak Mudahkan Tetamu ‘Melabur’, David Beckham Habiskan RM52 Juta Bina Tandas

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan kepada tandas awam gelanggang futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor kira-kira jam 2.47 petang, 28 Ogos tahun lalu.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Semasa prosiding berlangsung, JKM yang mengemukakan laporan akhbar kedua-dua tertuduh selain mengemukakan dua syor termasuk berkelakuan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang guru yang juga antara dua penasihat awam hadir memberi penyataan dalam galeri mahkamah, turut menegur kedua-dua remaja berkenaan.

“Ini juga memberikan kesan kepada keluarga mangsa. (Kedua-duanya) perlu muhasabah diri,” katanya.

cuci tandas

Pada 28 Ogos lalu, media melaporkan seorang remaja maut selepas terperangkap di dalam tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3 selepas dua rakannya bermain api.

Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kamsol yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas itu dipadamkan pihak bomba.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd