Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemergian Madeline Berma Kehilangan Besar Buat Dunia Akademik Negara -TPM Fadillah

Pemergian Felo Kanan Institut Masa Depan Malaysia, Prof Datuk Dr Madeline Berma disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada dunia akademik, malah kepada Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

Madeline Berma tokoh ilmuan tersohor

Menerusi kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di media sosial, beliau menyatakan bahawa mendiang merupakan tokoh ilmuwan tersohor dan pemikir ekonomi hebat yang telah mencurahkan seluruh kehidupan profesionalnya demi pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Sumbangan besar beliau terutamanya melalui penyelidikan mendalam dalam bidang pembangunan ekonomi, dasar awam, kemiskinan dan ketidaksamaan sosial telah banyak membantu membentuk pemikiran serta hala tuju dasar negara,” ujarnya.

Hasil penyelidikan Madeline Berma kerap jadi rujukan penting

Menurut Fadillah, pandangan dan hasil penyelidikan Madeline sering menjadi rujukan penting bukan sahaja dalam kalangan akademik, malah turut digunakan oleh pembuat dasar di peringkat nasional.

“Pandangan dan hasil penyelidikan beliau juga sering menjadi rujukan penting, bukan sahaja dalam kalangan akademik, malah oleh pembuat dasar di peringkat nasional.”

Madeline Berma

Beliau turut mengimbas sumbangan mendiang sepanjang berkhidmat sebagai profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta kepimpinannya di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), yang disifatkan telah memperkukuh wacana intelektual negara dan melahirkan ramai sarjana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadillah berkata, Madeline bukan sekadar menyumbang dari sudut akademik, malah memainkan peranan penting membimbing generasi pembuat dasar dengan ilmu yang berteraskan keadilan sosial dan kemakmuran bersama.

Sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Fadillah menegaskan jasa, ilmu serta legasi pemikiran Madeline akan terus hidup dan sentiasa dikenang, selain menjadi panduan kepada generasi akan datang.

Artikel lain: Ibu Baru Peluk Islam, Pempengaruh Muka Gengster Kongsi Momen Sebak Tunai Umrah Bersama

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang atas pemergian tokoh ilmuwan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Prof Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia pada usia 67 tahun di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Anak saudara mendiang, Basil Cliffton Calvert memaklumkan jasad Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung Siol Kandis, Kuching bagi urusan pengebumian.

Sumber: Facebook Fadillah Yusof

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd