Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mabuk Sebabkan Rider Maut, Pemandu BMW Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki berusia 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan, termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh Kok Zi Kang, yang bekerja di sebuah bengkel mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Foto: The Vibes

Dalam insiden itu, dia didakwa memandu sebuah kereta mewah jenis BMW 530i dengan kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan, sehingga meragut nyawa Mohd. Taufik Ariff Sariff, 37, di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Taman Desa Jaya, kira-kira jam 2.10 pagi pada 13 April lalu.

Tidak cukup dengan itu, dia turut didakwa atas kesalahan kedua iaitu menggunakan nombor pendaftaran yang tidak didaftarkan untuk kenderaan tersebut.

Kesalahan ini dikatakan berlaku di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, pada jam 4.30 pagi hari sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Salleh, manakala pihak pembelaan diwakili oleh peguam Chuah Shyue Chien.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan syarat dia perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah serta lesen memandunya juga digantung sepanjang perbicaraan berlangsung sementara tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Mei depan.

Foto: Majoriti

Difahamkan, mangsa kemalangan, Mohd. Taufik maut di tempat kejadian selepas dirempuh ketika sedang membantu seorang lelaki warga Myanmar yang terlibat dalam kemalangan lain di lokasi berhampiran.

Kejadian itu berlaku ketika dia dan isterinya, Suhaidah Yusof, 40, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam bersama rakan-rakan di Desa Cemerlang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang baru sahaja berkahwin pada September tahun lalu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Kosmo (Mohd Sharkawi Londing)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd