Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Muhammad Adib Maafkan Pemandu Bas – “Kami Reda, Tiada Dendam”

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak maafkan pemandu bas.

Menurut laporan Sinar Harian, Halim Sidik, 58, percaya bahawa apa yang menimpa terhadap anak lelakinya itu adalah ketentuan Illahi.

Ujar Halim, dia reda dengan pemergian anaknya itu dan tidak menyimpan apa-apa dendam kepada pemandu bas.

Maafkan pemandu bas

Maafkan pemandu bas

Foto: Kosmo! Online

“Saya maafkan pemandu bas, apa yang berlaku ini takdir. Tiada dendam terhadap dia.”
“Allah sayang Adib. Apa yang berlaku, kami reda dan tiada dendam terhadap pemandu walaupun banyak cerita yang dihebohkan berkenaan dirinya.
“Anak kami pergi dengan baik. Saya fikir pemandu pun ada keluarga, dia juga tidak berniat untuk membawa laju. Soal maaf, biarlah dia pohon kepada Tuhan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Cina, di sini, pada Rabu.

Artikel lain: “Ibu, Terus Kuat..” – Pesanan Terakhir Adib Sebelum Tragedi Kemalangan Pelajar UPSI

Maafkan pemandu bas

Terdahulu, pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, mendakwa brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba ketika di jambatan lintasan gajah di Gerik sebelum kenderaan terbalik di bahu jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat impak kemalangan itu, 15 orang pelajar UPSI disahkan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Empat mangsa yang berada dalam Perodua Alza iaitu Mohd Lutfi Radzi, 37, turut cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar wad, manakala isteri dan dua anaknya masih dalam rawatan.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd