Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Luluskan Segera RUU Kawalan Produk Merokok 2023

1. Kumpulan Penyelidik Ketagihan Nikotin (NARCC) di Universiti Malaya (UM) memandang serius kecemasan yang melanda negara ini berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kami tidak boleh lagi berdiam diri melihat peningkatan drastik dalam penggunaan vape oleh generasi muda yang digembar-gemburkan sebagai sumber pendapatan baru dan cara berhenti merokok.

2. Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, ketua koordinator NARCC dan pakar perunding kanan psikiatri UM, menegaskan bahawa tidak ada bukti kukuh menyokong vape sebagai terapi berhenti merokok sementara banyak lagi cara berhenti merokok yang bertauliah masih belum dimaksimakan.

3. Hasil daripada kajian kohort di Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai “Incidence of E-Cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury (EVALI) among the Severe Acute Respiratory Infections (SARI) Patients” pada tahun 2021, yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Wong Chee Kuan, Dr Farizah Mohd Hairi, Dr Noraryana Hassan, Dr Mohd Afiq Mohd Nor dan lain-lain, menunjukkan insiden EVALI sebanyak 840 per 100,000 kes SARI! Inilah alasan kenapa kami mendesak agar pesakit SARI semuanya disaring untuk penggunaan e-rokok atau vape. Penemuan ini adalah panduan penting bagi pembuat dasar dan pengurusan klinikal EVALI. Manfaat ekonomi yang dijanjikan oleh industri vape jauh lebih kecil daripada kos yang timbul akibat penyakit serius seperti EVALI. Ini adalah bahaya besar bagi negara kita! Vape juga berpotensi merosakkan sistem pernafasan, terutamanya pada golongan remaja dan kanak-kanak yang tidak mampu mengawalnya.

4. Negara-negara seperti England, Australia, dan New Zealand, yang longgarkan peraturan vape, mengalami peningkatan penggunaan oleh remaja dan kanak-kanak. Pakar kesihatan semakin bimbang dengan fenomena ini, terutamanya pakar pediatrik, pakar perubatan keluarga, pakar kesihatan awam, dan pakar perubatan psikiatri. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa remaja yang terlibat dengan vape mudah terjebak dengan rokok konvensional dan penyalahgunaan dadah. Mereka juga mengalami masalah kesihatan mental serius seperti kemurungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Menurut Profesor Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin, timbalan koordinator NARCC dan pakar perunding perubatan keluarga di UM, kajian kesihatan remaja pada tahun 2022 menunjukkan perubahan yang menggerunkan dalam pola penggunaan rokok. Penggunaan vape meningkat sementara penggunaan rokok konvensional menurun. Lebih membimbangkan, remaja perempuan cenderung kepada penggunaan vape, menunjukkan penerimaan yang tinggi disebabkan oleh sifat ingin tahu, gaya hidup, dan daya tarikan perasa.

6. Data daripada ‘National Heath Morbidity Survey (NHMS) 2022’ menunjukkan prevalens penggunaan vape adalah 14.9% di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun. Dan penemuan kami di UM menunjukkan bahawa prevalens ini telah meningkat kepada 15.1% sejak program Generational Endgame dimulakan pada tahun 2022 hingga 2023 di beberapa buah sekolah. Ini adalah isyarat bahawa tindakan perlu diambil SEKARANG.

7. Keputusan untuk mengeluarkan cecair nikotin dari Akta Racun pada 1 April 2023 adalah satu tindakan yang berbahaya. Ia telah membuka pintu seluas-luasnya untuk penjualan vape kepada remaja dan kanak-kanak. Akibatnya penjualan nikotin tidak terkawal di Malaysia. Hasil tinjauan Pusat Racun Negara menunjukkan produk vape dijual bersama-sama dengan gula-gula dan alat tulis di kedai-kedai runcit. Lebih merisaukan lagi, remaja dan kanak-kanak terpesona dengan promosi vape oleh artis dan selebriti di media sosial serta jualan atas talian yang dipersembahkan sebagai gaya hidup.

8. Perokok vape pasif sering diketepikan apabila isu merokok vape dibincangkan, berkata Dr Anne Yee, pakar psikiatri ketagihan. Perokok vape pasif adalah mereka yang tidak merokok tetapi secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok vape berdekatan. Justeru, ini mengakibatkan perokok pasif terdedah kepada wap aerosol vape yang mengandungi nikotin, zarah ultra halus, dan bahan kimia beracun yang berpotensi memudaratkan kesihatan pernafasan, terutamanya dalam ruang tertutup. Golongan rentan seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan individu yang menghidapi penyakit kronik adalah lebih mudah terdedah kepada gejala ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

9. Kami mendesak dengan penuh kesungguhan agar Kerajaan segera meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Ini adalah langkah yang sangat penting untuk melindungi generasi muda daripada ancaman merokok dan vape. Masa depan mereka serta kesihatan mereka dalam jangka pendek dan panjang berada dalam bahaya besar. Kami tidak boleh terus berlengah lagi!

Profesor Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin

Maklumat lanjut mengenai laporan ini boleh didapati melalui Profesor Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin di [email protected]

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd