Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lucinta Dah Insaf, Mahu Kembali Ke Fitrah Asal Selepas Tonton ‘Siksa Neraka’

Pempengaruh trangender terkenal Indonesia, Lucinta Luna memaklumkan dirinya telah insaf dan nekad mahu berubah ke fitrah asal selepas menonton filem seram ‘Siksa Neraka’.

Maklum Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah, dirinya berasa takut, menangis dan insaf selepas selesai menonton filem seram tersebut di sebuah panggung wayang di Indonesia.

“Setelah menonton filem tersebut, saya takut sekali dan di tahun 2024 ini saya akan memperbaiki diriku kembali.
“Aku sedar dan aku ingin menjadi lebih baik lagi,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran baru-baru ini.
View this post on Instagram

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hantaran berikutnya, pempengaruh berusia 34 tahun itu berkata, dia sememangnya perlu berubah selain berterima kasih kepada netizen kerana telah menyedarkan dirinya yang hanyut sebelum ini.

Katanya, keinsafan yang timbul dalam hidupnya juga datang daripada keberkatan nasihat warganet yang memberi cadangan untuk menonton filem berkenaan.

“Mungkin tahun 2024 saya memang harus berubah sebab banyak adegan yang sangat seram dalam filem ini yang membuatkan saya tak kuat untuk melihatnya.
“Ini semua berkat nasihat netizen yang mencadangkan saya untuk menonton filem ini. Terima kasih netizen sebab sudah menyedarkan saya.
“Seram sangat filem ini, yang pastinya saya mahu berubah menjadi lebih baik lagi,”katanya lagi.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Artikel lain: ‘Morning Sickness’ Sampai Muntah Paku, Rakan Syak Lucinta Disihir

Malah, dia turut membakar koleksi pakaian seksi yang pernah dipakainya sebelum ini sebagai tanda benar-benar insaf mahu kembali ke fitrah asal iaitu seorang lelaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsi Lucinta, dia juga ingin menderma koleksi rambut palsu yang dimiliknya kepada semua pesakit kanser di Indonesia.

Lucinta insaf

Menurutnya, rambut palsu tersebut telah hampir enam tahun bersamanya dan berharap semoga dengan pemberian itu dapat menggembirakan mereka yang bertarung dengan penyakit kanser.

“Setiap manusia itu boleh berubah bila-bila masa sahaja. Saya ingin menyumbangkan koleksi rambut palsu saya yang sudah ada bersama saya hampir enam tahun lamanya buat para pejuang kanser di Indonesia.
“Diharapkan pemberian ini dapat membantu memberikan hiburan serta senyuman pada wajah mereka,”ujar Lucinta.
View this post on Instagram

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai memberikan masa buat dirinya untuk berubah kerana ia memerlukan tempoh.

Namun begitu, Lucinta tetap berharap agar tahun 2024 membuatkan dirinya mampu menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini.

Sumber: Instagram @lucintaluna_manjalita

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd