Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LMNT Lancar Sistem Pembayaran Kod QR, Beri Kemudahan Kepada Pengunjung

Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) melancarkan perkhidmatan sistem pembayaran tiket tanpa tunai menggunakan kod QR sebagai usaha memberi kemudahan kepada pengunjung di Kuala Terengganu hari ini.

Menerusi satu laporan Berita RTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, kaedah tersebut sesuai digunakan berikutan perkembangan digitalisasi dan permintaan tinggi dari pelancong luar kerana lebih memudahkan berbanding kaedah pembayaran tunai.

Foto: Google

“Sistem pembayaran tanpa tunai ini adalah titik permulaan untuk LMNT melangkah seiring dengan era digitalisasi. Ia telah digunakan dengan meluas di seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga berkata, kemudahan pembayaran tiket tanpa tunai menggunakan kod QR tersebut akan bermula pada Khamis ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sudah sampai masanya untuk LMNT terlibat secara serius dalam dunia digitalisasi termasuk mengadakan pameran dalam bentuk digital sebagai pembaharuan dan nilai tambah institusi,” ujar beliau.

Foto: rnggt.com

“Harga tiket yang dikenakan juga cukup rendah iaitu RM5 bagi orang dewasa, kanak-kanak RM2, dewasa bukan warganegara sebanyak RM15, kanak-kanak bukan warganegara RM10 dan pelajar sekolah beruniform RM1,” tambahnya lagi

Beliau juga memberitahu pihaknya turut menerima sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), iaitu enam buah kerusi roda bagi kegunaan pengunjung LMNT yang uzur.

Foto: Berita RTM

“Kemudahan ini diharapkan dapat menggalakkan kedatangan pengunjung selain memberi keselesaan kepada mereka,” jelas beliau.

Tengku Farok Hussin turut berharap supaya kemudahan tersebut dapat meningkatkan jumlah pengunjung, di mana kini mencecah 1,000 orang sehari pada hari biasa manakala 4,000 orang sehari semasa musim cuti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita RTM

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd