Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peranti Buatan Sendiri Punca Berlaku Letupan Di Kawasan Pangsapuri

Kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, Negeri Sembilan pada Isnin membawa kepada penemuan beberapa objek yang dipercayai sebagai peranti letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED).

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada orang awam sekitar jam 7.08 pagi melalui panggilan kecemasan NG MERS 999 selepas terdapat laporan mengenai objek mencurigakan serta paku yang bertaburan di kawasan berkenaan.

letupan

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis segera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan,” katanya.

Menurut beliau, maklumat awal daripada saksi awam mendapati letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan yang berada di kawasan terbabit.

Artikel lain: Suspek Mabuk Pasang Mercun Terbalik Punca Letupan, 22 Individu Alami Kecederaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pemeriksaan diperluaskan ke kawasan perumahan berhampiran sebelum polis menemui tiga objek disyaki IED di dalam sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian.

letupan

“Selain itu, sebuah kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian letupan ini turut ditemui kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian,” ujarnya.

Tambah beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemukan beberapa peralatan serta bahan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Datuk Alzafny berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

letupan

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” jelasnya.

Beliau turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan, sambil menegaskan bahawa polis akan terus memantau perkembangan kes dan menyalurkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang tular susulan dakwaan menghina penduduk China ketika melancong ke negara itu baru-baru...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd