Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lesti Kejora & Rizky Billar Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok

Kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora yang menjadi tumpuan umum setelah satu laporan polis berhubung Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) telah menjadi perbincangan netizen di media sosial.

Rizky Billar teruk dikecam sehingga pelbagai kisah lampaunya di bongkar semula oleh netizen.

Tarik balik laporan

Namun begitu, selepas pulang dari umrah, Lesti telah mengambil keputusan untuk menarik balik laporan terhadap suaminya dan memaafkan lelaki itu selepas melalui proses pendamaian.

Belajar agama di sekolah pondok

Menerusi laporan dari Kosmo! memetik dari media tempatan, abang kepada Billar, Bobby Rahman mendedahkan bahawa pasangan tersebut berada di sebuah persantren atau sekolah pondok  yang dirahsiakan. Namun, kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Rizky dan Lesti sedang dalami ilmu agama tapi tidak tahu di mana. Alhamdulillah mereka bahagia dan baik-baik sahaja. Yang pastinya mereka serumah,” ujarnya seperti dipetik WowKeren.

Abaikan segala kecaman

Dalam pada itu, Bobby turut memberitahu yang keluarga mereka akan membuat satu kenduri kesyukuran untuk pasangan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini.

Pasangan berkenaan juga dinasihatkan oleh keluarga untuk mengabaikan segala kecaman yang diterima kerana yang paling penting adalah mereka saling menyokong antara satu sama yang lain.

Ramai yang minta mereka berpisah tapi itu rumah tangga mereka. Mereka yang menjalaninya, apa yang saya lihat mereka bergurau-gurau dan sudah berpelukan.
“Apa yang berlaku itu pengajaran, semoga mereka menjadi lebih baik pada masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, Lesti Kejora telah mengejutkan ramai apabila melaporkan kepada pihak polis berkenaan suaminya yang melakukan kekerasan kepadanya sehingga mendatangkan kecederaan susulan diduga berlaku curang dengan wanita lain.

Namun begitu, Lesti telah mengambil keputusan untuk menarik balik laporan polis dan memaafkan suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Lia Othman)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd