Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lepasan SPM Sahaja Terlibat Dengan PLKN 3.0 Bermula Januari 2025 – Adly

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 hanya akan melibatkan mereka yang selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dijadualkan bermula pada Januari 2025 nanti.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, wujud salah faham dan terdapat kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai had umur peserta yang akan dipilih untuk program itu.

Foto: Maskulin

“Fokus kita tahun depan adalah kepada mereka yang telah mengambil SPM. Yang tidak dapat hadir kerana pelbagai kekangan masih boleh berbuat demikian sehingga 35 (tahun)… ini mengikut Akta (Latihan Khidmat Negara).
“Terdapat salah faham tentang bagaimana pengambilan dilakukan. Mereka (orang ramai) mengatakan pada usia 30 tahun mereka sudah bekerja tetapi tidak ada isu… Akta ini memberi sedikit kelonggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Sungai Petani, Kedah pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Astro Awani

Justeru itu, Adly berkata, mulai Januari 2025, seramai 1,000 peserta akan terlibat dalam ditempatkan di dua kem latihan.

“Kita telah menambah baik modul latihan. Apa yang penting, apabila meninggalkan program Khidmat Negara, mereka akan mempunyai jati diri dan juga mempunyai tahap keupayaan tertinggi untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai dakwaan kekerapan kapal dari negara luar terutamanya China masuk ke perairan negara seperti yang tular baru-baru ini, beliau berkata masyarakat tidak perlu gusar dengan keselamatan dan keupayaan pertahanan di perairan negara.

“Saya rasa tak perlu gusar, ini amalan biasa kita dah sampaikan maklumat ini ke Parlimen bahawa ia sebahagian daripada kerjasama dua hala kita. Mana-mana kapal yang nak berlabuh di Malaysia kena buat permohonan kepada kita,” ujarnya.

Foto: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, sepanjang Oktober sahaja, Malaysia telah menerima kunjungan dari negara seperti Amerika Syarikat (USA), Itali, Jerman, Rusia dan China.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd