Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Seperti Angkat Sekeping Kertas, Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan

Keberanian Muhammad Arsyad Jahaya, 35, menjadi tumpuan warganet selepas tindakannya menyelamatkan murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan pada Sabtu lalu.

“Waktu saya angkat arwah, rasa macam angkat sekeping kertas… sangat ringan, tak macam angkat orang,” kata Arsyad, seorang hero tidak didendang yang sanggup menyelam ke dalam lubang kumbahan demi menyelamatkan mangsa.

Menurut beliau, ketika kejadian, Arsyad hadir ke sekolah untuk acara sukan anaknya sebelum seorang guru meminta bantuannya menyelamatkan mangsa kerana mengetahui beliau pandai berenang.

“Saya tanya, betul ke ada budak jatuh, sebab waktu itu air sangat tenang, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Saya tak ada masalah nak turun, cuma takut kena tipu sebab ini lubang najis.
“Namun, selepas disahkan terdapat saksi yang melihat mangsa jatuh, saya terus nekad untuk turun ke bawah menyelamatkan mangsa,” katanya lagi.

Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan

Arsyad, yang bekerja sebagai juruvideo, bertindak segera kerana bimbang bantuan bomba mengambil masa untuk tiba.

Kedalaman air dianggarkan melebihi 1.8 meter, paras lehernya walaupun kakinya masih belum menyentuh dasar saluran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mulanya saya jolok permukaan dasar guna kayu. Kemudian topi arwah timbul dulu, selepas itu kasut dia pula timbul. Masa itu saya tahu memang dia ada di bawah.
“Terus saya menyelam dalam keadaan gelap dan busuk, pegang tubuh kecil itu dari bawah ketiak dan tolak ke atas untuk disambut oleh orang di atas,” jelas beliau.

Arsyad berkata, usaha membawa keluar mangsa ibarat dipermudahkan dengan kekuasaan ALLAH SWT.

“Badan arwah sangat ringan, sedangkan kalau ikut logik, dalam air dan dalam keadaan basah mestilah berat. Tapi dia ringan sangat. Lepas tu saya fikir, mungkin malaikat tolong saya waktu itu. 
“Saya sendiri sebenarnya masih dalam proses pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan pada 25 Ogos lalu yang menyebabkan koyakan tisu lembut di bahagian rusuk. Doktor cakap saya perlukan dua bulan untuk pulih. Tapi masa kejadian tu, saya tak rasa sakit langsung. Macam ada kekuatan luar biasa,” katanya.

Namun, beliau meluahkan sedikit terkilan kerana tidak dapat membawa mangsa keluar dalam keadaan masih bernyawa.

“Saya sampai lambat. Sebab itu saya cakap, kenapa bukan saya orang pertama yang tahu? Kalau saya orang pertama jumpa, mungkin dia masih hidup. Lepas kejadian ini berlaku, saya dengar ada yang menyalahkan pihak sekolah.
“Saya cuma minta biarlah pihak polis jalankan siasatan sebab kita pun tak tahu punca sebenar kejadian,” tambahnya.

Kejadian ini mendapat perhatian ramai warganet yang memuji keberanian Muhammad Arsyad, yang dianggap sebagai “hero tanpa dendang” dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar), FB YB Asna

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Uncategorized

Nama usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menjadi tumpuan selepas tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin Syazwani, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di...

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia selepas ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand, malam tadi. Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd