Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Potong ‘Senjata’ Sendiri, Tertekan Atas Dakwaan Cabul Kanak-Kanak

Seorang lelaki Indonesia memotong kemaluannya sendiri dengan menggunakan parang lalu menyimpan ia di dalam sebuah balang kaca.

Menurut laporan detik.com, lelaki dikenali Yohanes Don Bosco (33) memotong kemaluan di bilik air rumahnya dekat Dusun Hepang, Desa Nenbura, Kecamatan Doreng, Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia pada pagi Sabtu, 11 Februari.

Ketua polis tempatan, Muhamadong Said berkata, mereka mememui alat kelamin milik Yohanes yang terputus disimpan dalam balang kaca sebelum ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

“Ya, habis dipotong tetapi dia punya biji masih ada. Mungkin disimpan di toples (balang kaca). Habis itu baru masuk di kamar mandi,” kata Muhamadong.

Dong Said berkata, mengsa yang sudah mendirikan rumah tangga  sebenarnya berada dalam tertekan selepas terlibat dalam kes mencabul kanak-kanak di bawah.

Difahamkan, kes tersebut bakal berlangsung pada 13 Februari (Isnin lalu) dan mangsa cabul dikatakan mempunyai hubungan dengan ahli keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beberapa hari sebelum itu, dia dilaporkan kepada Polis Sikka atas dakwaan penderaan seksual kanak-kanak. Jadi, kes sedang diproses.
“Mungkin dia rasa bagaimana ya akhirnya dia buat seperti itu (potong alat kelamin). Pasti dengan kasus itu dia stress,” “ujarnya lagi.

Perkembangan terkini, mangsa dirawat di RSUD TC Hillers Maumere dan keadaannya sudah stabil setelah doktor melakukan pembedahan pada alat kelamin Yohanes.

“Kondisi pasien saat ini stabil. Tindakan awal untuk rawat luka dan pembebatan sementara sudah dilakukan. Rencana besok (Sabtu lalu) akan dilakukan tindakan operasi,”ujarnya.

Sumber: Detik.com

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd