Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Perkosa Anak Tiri Mengaku Bersalah, Berdepan Hukuman Penjara 830 Tahun

Lelaki yang dituduh melakukan jenayah rogol dan amang seksual terhadap anak tirinya baru-baru ini mengaku bersalah diatas  32 pertuduhan kedua-dua jenayah tersebut.

Bapa tiri mengaku bersalah

Memetik laporan dari Sinar Harian, lelaki berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.

Foto Sinar Harian

Tidak dibenarkan ikat jamin

Pihak mahkamah juga telah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara memastikan fakta untuk hukuman lengkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, tertuduh yang berdepan hukuman sebat serta penjara maksimum 830 tahun untuk kesemua jenayah yang dilakukan sejak 3 tahun lalu tidak dibenarkan diikat jamin bagi melindungi mangsa serta memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.

 

Menerusi kedua-dua prosiding, lelaki yang bekerja sebagai pengajar kelas renang mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Dia juga  turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengaku tanpa buat rayuan ringankan hukuman

Tertuduh yang berambut panjang mengaku bersalah untuk semua pertuduhan tanpa meminta sebarang rayuan kepada mahkamah untuk meringankan hukuman.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 lalu.

Untuk rekod, sebelum ini, pasangan suami isteri telah memuat naik maklumat berkenaan kehilangan anak gadis mereka yang dikatakan melarikan diri dari rumah serta memohon untuknya pulang ke pangkuan keluarga.

Tak lama selepas itu, pasangan suami isteri berkenaan telah ditahan pihak berkuasa di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu setibanya dari Sabah selepas menerima laporan dari seorang remaja memaklumkan menjadi mangsa kerakusan bapa tiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isteri lelaki terbabit yang juga ibu kandung mangsa turut ditahan kerana dipercayai mengetahui perbuatan suaminya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan...

Spotlight

Anggota kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa mendedahkan dirinya enggan dan malu berkongsi foto berbikini setiap kali bercuti di pantai. Lisa dalam satu...

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad mahu menjual jet peribadinya yang dibeli sekitar setahun lalu telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar petang tadi. Menurut laporan...

Advertisement