Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Pakistan Kantoi Curi Minyak, Polis Dedah Suspek Telah Ditahan

Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang lelaki warga Pakistan cuba mencuri minyak petrol di sebuah pangsapuri Tanjung Puteri, Johor.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki asal Pakistan itu bersama isterinya yang merupakan rakyat Malaysia mengaku tidak bersalah dengan memberitahu hanya cuba memberi bantuan setelah melihat tiub minyak motosikal itu seakan bocor.

Dua suspek ditahan polis

Dua suspek pakistan ditahan polis 

Sehubungan itu, perkara tersebut telah diajukan kepada pihak polis dan difahakan dua suspek telah ditahan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, insiden itu diketahui oleh seorang wanita tempatan bersama suaminya ketika bergerak ke parkir motosikal sekitar jam 7.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil maklumat daripada pengadu dan bantuan pihak polis bantuan pangsapuri, sepasukan polis dari Balai Polis Tanjung Kupang berjaya menahan dua suspek.
“Suspek terdiri daripada seorang lelaki warga Pakistan berumur 38 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 60 tahun sekitar jam 11 pagi pada hari yang sama,” kata M Kumarasan dalam kenyataan pada Isnin.

Dua suspek ditahan polis 

Dalam pada itu, M Kumarasan memaklumkan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah setelah ujian saringan air kencing dibuat dan tidak mempunyai jenayah lampau yang direkodkan.

Artikel lanjut: Lelaki ‘Curi’ RM200 Di Stesen Minyak, Kantoi Rekod Pin TnG Tanpa Bayar

“Polis turut merampas dua botol berisi minyak petrol dan sebilah gunting daripada suspek.
“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru pada Selasa bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Sumber: Threads shayang__, Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd