Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Sebab Hon

Seorang jurujual berusia 43 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menetak seorang penunggang motosikal hingga mengalami kecederaan parah dalam satu kejadian di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, minggu lalu.

Menurut laporan BH Online, pengakuan bersalah itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Fatimah Zahari.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah terhadap seorang lelaki berusia 45 tahun menggunakan sebilah pisau pemotong daging, iaitu senjata yang boleh membawa maut.

Foto: BH Online

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 14.6 laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan pada jam 8.19 pagi, 11 Jun lalu, dan pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ho Zee Xing mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin warganegara, selain meminta mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut memohon tarikh lain bagi sebutan fakta kes dan keputusan hukuman.

Bagaimanapun, Azmi Jantan yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan, bersama syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.

Sebutan bagi fakta kes dan jatuh hukum ditetapkan pada 8 Julai depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal cedera selepas ditetak dalam insiden di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13.

Foto: Media sosial

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.19 pagi berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati insiden berlaku sekitar jam 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Ketika melalui laluan berkenaan, mangsa membunyikan hon kepada seorang penunggang motosikal lain kerana dipercayai menghalang laluannya.
“Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati suspek, sebelum dia berhenti di tepi jalan dan bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong daging,” katanya.

Sumber: BH Online (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd