Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Menang Pertandingan Wajah Paling Seiras Dengan Nicholas Saputra

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Dodo memenangi program disertainya Nicholas Saputra Look Alike Competition, iaitu pertandingan mencari individu berwajah mirip pelakon popular Indonesia Nicholas Saputra.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok her.byuss, mereka mendedahkan rupa Dodo sama seperti aktor berusia 40 tahun itu.

Dodo berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RP500,ooo, kira-kira RM140.88 selepas meraih kemenangan dalam pertandingan tersebut, baru-baru ini.

Foto: Tribunnews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki berkenaan berjaya mengalahkan ratusan peserta lain yang majoriti memiliki wajah seiras dengan pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) itu.

“Secara peribadi, saya merasa hidung dan mata saya memang sama dengan Nicholas.
“Saya tidak menyangka boleh menang, kerana banyak juga peserta lain yang berbakat. Tapi acara ini menyeronokkan dan positif untuk mencungkil bakat anak muda,” kata Dodo.

Foto: Tribunnews

Dodo meraih kemenangan selepas berjaya melakonkan semula watak dalam sebuah filem yang menunjukkan seperti sosok Nicholas.

Terdahulu, sebuah pertandingan mencari wajah paling sama dengan Nicholas diadakan di Stadium Bola Lisut Gelora Bung Karno, Jakarta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertandingan tersebut merupakan acara tidak rasmi diilhamkan daripada pertandingan dari luar negara yang meniru wajah artis seperti Timothée Chalamet, Paul Mescal dan Dev Patel dan mendapat sambutan ramai.

“Pertandingan ini untuk suka-suka sahaja,” tulis penganjur Raina menerusi hantaran di aplikasi X.

Sumber: TikTok her.byuss

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd