Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditahan Buat Aksi Tak Senonoh Depan Wanita

Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 5.57 petang.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 3.33 petang hari yang sama apabila mangsa, seorang wanita Melayu berusia 25 tahun yang sedang bekerja, terdengar bunyi mencurigakan seperti zip dibuka.
“Mangsa kemudian membuat pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki sedang melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arahnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa bertindak merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit dan menegur suspek sebelum lelaki itu melarikan diri dari pasar raya berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya mengesan serta menahan suspek bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke mahkamah pada hari ini untuk permohonan perintah tahanan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 31 saat yang mendengar perakam menegur dan memarahi seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam premis berkenaan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Gerik

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd