Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sampai Enam Jam, Lelaki Dicekup Selepas Samun Rumah Warga Emas

Dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur berjaya diberkas polis kurang enam jam selepas disyaki menyamun rumah seorang wanita warga emas di Felda Palong 8, Jempol pada Isnin lalu.

Samun rumah warga emas

Kejadian samun rumah berkenaan turut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibat suspek memasuki rumah mangsa sambil mengacukan sebilah pisau.

samun rumah

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.45 pagi apabila suspek bertopeng hitam dan bersenjatakan pisau menceroboh masuk ke rumah mangsa berusia 68 tahun.

Artikel lain: Lelaki Menyamar Sebagai Penghantar Barang Maut Selepas Rogol, Samun Empat Wanita

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengarahkannya menunjukkan tempat menyimpan wang. Namun, mangsa memaklumkan tiada wang tunai di rumah sebelum suspek mula menggeledah bilik tidur,” katanya.

samun rumah

Menurut beliau, mangsa yang ketakutan sempat melarikan diri melalui pintu belakang rumah sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi polis dan penduduk kampung.

“Polis yang tiba di lokasi mendapati suspek telah melarikan diri. Mangsa kemudian menyedari dua telefon bimbit serta beberapa barang kemas tiruan di biliknya telah hilang,” ujarnya.

Susulan laporan yang diterima, pihak polis menjalankan operasi dan berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 30 dan 17 tahun antara jam 10 pagi hingga 11.45 pagi di kawasan Felda Palong 8.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 30 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau, dua kes dadah serta satu kes dadah yang masih dikehendaki polis,” jelasnya.

samun rumah

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 20 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd